Selasa, 4 Disember 2012

Musuh dan Rakan Iblis Dari Kalangan Umat Nabi Muhammad S.A.W


Wahab bin Munabbih berkata : Allah telah menyuruh iblis datang kepada Nabi Muhammad s.a.w untuk menjawab segala pertanyaan-pertanyaannya, maka datanglah iblis berupa orang tua yang bertongkat. Dan ketika ditanya oleh Nabi s.a.w: Siapakah kamu?
 Jawabnya : Iblis.
 Dan mengapakah kamu datang?
 Jawabnya : Allah telah menyuruhku datang kepadamu untuk menjawab segala pertanyaanmu.




 Lalu Nabi s.a.w bertanya : Ya mala'un, berapakah musuhmu dari umatku?
 Jawab iblis : Lima belas orang.
 1. Engkau ( Nabi Muhammad s.a.w )
 2. Imam yang adil.
 3. Orang kaya yang merendah diri.
 4. Pedagang yang jujur.
 5. Orang alim yang khusyuk.
 6. Orang mukmin yang suka menasihati.
 7. Orang mukmin yang murah hati.
 8. Orang yang bertaubat dan tetap pada taubatnya.
 9. Orang yang menjauhi dari segala yang haram.
 10. Orang yang tetap berwudhu' (yakni apabila batal terus berwudhu lagi)
 11. Orang mukmin yang banyak sedekah.
 12. Orang mukmin yang baik budi akhlaknya.
 13. Orang mukmin yang banyka jasa gunanya pada manusia.
 14. Orang yang membawa Al-Quran dan selalu membacanya (hafal atau memahaminya)
 15. Orang yang suka sembahyang tahajud malam di waktu orang lain sedang tidur.

 Lalu di tanya oleh Nabi s.a.w : Dan siapakah kawan-kawanmu dari umatku?
 Jawab Iblis : Sepuluh orang.
 1. Raja yang zalim.
 2. Orang kaya yang sombong.
 3. Pedagang yang khianat.
 4. Pemabuk (peminum arak)
 5. Penabur fitnah.
 6. Pelacur.
 7. Pemakan harta anak yatim.
 8. Orang yang meremehkan solat.
 9. Orang yang tidak mengeluarkan zakat.
 10. Orang yang panjang angan-angan.
 Mereka itulah kawan dan sahabatku.

 p/s : Mudah2an Allah berikan kita semua kekuatan untuk menjadi salah satu drpd 15 org musuh iblis dan memohon perlindungan agar dijauhi drpd 10 org sahabat iblis.InsyaAllah.

3 ulasan:

  1. Assalam, Subhanallah... baru aku tengok koe post nie Din... :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wslm wr...Huhu, iya..lama dah aku tak update kat blog aku nie..rasanya dah bersarang kot labah2 kat dalam nie..hehe.. Salah satu sbb aku x update, malas..hehe..lg satu, aku xde bahan nak jadikan blog aku nie terupdate trus..tu la pasal kadang2 jer aku update...ko apa citer skang..??

      Padam
  2. kunjungan gan , bagi-bagi motivasi
    semoga menjadi semangat .. :)
    Kita semua selalu dihadapkan pada ribuan kesempatan emas yang tersamarkan dengan baik oleh kesulitan.

    BalasPadam