Selasa, 20 Disember 2011

Alahai Menantuku..


Pak kasim seorang yg tamak harta.. dia menawarkan anak dara suntinya yg cun melecun kepada golongan yg kaya raya sahaja.. suatu hari datang seorang salesman, seorang usahawan muda ingin melamar anak pak kasim. beliau cukupsifat tanpa cacat cela tetapi beliau malas solat.


setelah 3 hari berkahwin, seman masih duk kat umah mentuanya. setelah azan maghrib berkumandang, pak kasim mengajak seman utk solat maghrib berjamaah. maka, gelabah monyet la si seman nih sbb sebelum ini dia tak pernah solat.



Lalu seman masuk ke bilik untuk menemui isterinya. "yang.. camner
ni..abg tak penah solat ni" "takpe bang.. abg ikut je ape yg ayah buat" isterinya berbisikperlahan. .

Seman pun keluar untuk solat bersama pak kasim. setelah pak kasim
takbir..seman ikut takbir... lalu pak kasim membaca surah
alfatihah.." bismillahirrahma nir rahim..." seman pun turut membaca
bismillah dengan lantang... "bismillahirrahmani r rahim..."

Aisyh! pelik menantu aku ni. mazhab mana yg dia ikut? setahu aku imam jeyg baca kuat.. getus hati pak kasim..pak kasim buat selamba. dia terusmembaca surah al-fatihah. seman pun turut membaca surah al-fatihah dgn kuatseolah-olah seorang budak yg baru nak belajar mengaji.

pak kasim pelik.. lalu dia terus berpaling ke belakang utk melihat seman.seman turut berpaling ke belakang kerana mengikut gerak langkah pakkasim. "ish! gila ke menantu aku ni??"

Pak kasim berjalan ke depan utk menjauhkan diri dari seman. Seman turutberjalan ke depan mengikut langkah pak kasim. Pak kasim terus melarikandiri melalui pintu depan dan terus menuju ke sawah di tepi rumahnya. Seman terus berlari mengejar pak kasim sampai ke tepi sawah. tiba-tibapakkasim tergelincir lalu jatuh ke dalam sawah padi. Seman pun turut menjatuhkan badannya ke dalam sawah seolah-olah tergelincir.

Pak kasim pun terus bertanya kepada seman. "seman. apesal yg ko ikut aku sampai ke sawah ni?" "ayah.. susah ye nak solat maghrib ni. baru saya tau. sampai kena berlari.."

(huargh huargh huargh!!!! sedey nye kalau ada laki camnie !)sengal ubi gini...huuuu~

Tiada ulasan:

Catat Ulasan