Kisah yang diriwayatkan dari Abul Laits As-Samarqandi dengan sanadnya dari Anas r.a berkata telah datang seorang pemuda kepada Nabi s.a.w dan berkata : Ya Rasulullah, apakah akan aku terhalang untuk masuk ke syurga kerana hitam kulitku dan hodoh mukaku?
Nabi s.a.w menjawab : Tidak, demi Allah yang jiwaku di tangan-Nya selama engkau yakin pada Tuhanmu dan percaya pada ajaran Rasul-Nya.
Berkata Saad AsSulami : Demi Allah yang telah memuliakan engkau dengan kenabian, aku telah percaya (bersyahadat) sebelum kedatangan engkau ke sini. Dan aku telah meminang kepada orang di sekitarmu ini dan semuanya menolak aku kerana hitam kulitku dan buruk wajahku.
Lalu Nabi s.a.w bersabda : Apakah engkau mengetahui seorang bernama Amr bin Wahb dari suku Tsaqif yang telah lama memeluk Islam? Jawabnya : Iya. Nabi s.a.w berkata lagi : Pergilah dan ketuklah pintunya perlahan-lahan, kemudian memberi salam padanya. Dan bila telah masuk katakan kepadanya bahawa Rasulullah s.a.w telah mengahwinkan aku dengan puterimu.
Amr bin Wahb mempunyai seorang puteri cantik dan cerdik yang bernama Atiqah. Maka pada mulanya Saad AsSulami di sambut dengan baik tetapi kerana hitam dan mukanya hodoh maka mereka tidak senang lagi kepadanya bahkan setelah dia menyampaikan apa yang disuruh oleh Nabi s.a.w "aku telah dikahwinkan oleh Nabi s.a.w dengan puterimu" segera mereka tolak dengan cara yang kasar sekali sehingga segera dia keluar dan pergi kembali bertemu dengan Rasulullah s.a.w.
Akan tetapi, puteri Amr bin Wahb berkata kepada ayahnya yang telah menolak pinangan Saad AsSulami itu supaya memohon taubat kepada Allah s.w.t. Berkata puterinya, " maka jika benar Rasulullah s.a.w telah mengahwinkan aku dengannya maka aku redha pada apa yang diredhakan Allah dan Rasulullah padaku".
Maka pergilah ayah itu kepada Rasulullah s.a.w dan ketika bertemu dengan baginda langsung Nabi s.a.w menegurnya : Kamu yang telah menolak pinanganku? Jawabnya : Benar, tetapi aku minta ampun pada Allah kerana aku menyangka bahawa dia telah berdusta kepadaku. Adapun apabila dia berkata benar, maka akan aku kahwinkan dia dan kami berlindung jangan sampai terkena murka Allah dan Rasulullah s.a.w.
Maka dikahwinkan Saad AsSulami dengan puteri Amr bin Wahb yang bernama Atiqah itu dengan mahar sebanyak empat ratus dirham. Ketika Rasulullah s.a.w menyuruh Saad AsSulami untuk masuk meminang puteri Amr bin Wahb, dia berkata : Ya Rasulullah, demi Allah yang mengutusmu sebagai nabi, aku tidak mempunyai apa-apa apatah lagi ingin menyediakan wang hantaran sebanyak empat ratus dirham.
Maka Rasulullah s.a.w bersabda : Mahar untuk isterimu akan di tanggung oleh tiga orang dan kaum mukminin. Pergilah kepada Uthman bin Affan r.a. terimalah daripadanya dua ratus dirham, kemudian disuruhnya pergi kepada Abdul Rahman bin Auf r.a dan terimalah daripadanya dua ratus dirham dan setelah itu disuruhnya pergi kepada Saidina Ali Karamallahu Wajhah untuk menerima dua ratus dirham. Kemudian dia pergi ke pasar untuk membeli oleh-oleh untuk bakal isterinya namun tiba-tiba dia terdengar suara seruan : " Hai kuda Allah, berkenderaanlah".
Nah, sampai di sini dulu kawan-kawan semua. Insya-allah, dalam masa yang terdekat nie saya akan postkan entri tajuk ini pada bahagian yang kedua. Assalamualaikum..

nice day :)
BalasPadamhargailah hari kemaren,
mimpikanlah hari esok,
tetapi hiduplah untuk hari ini.
bagi-bagi motivasinya yaah...