Isnin, 5 Disember 2011

Sedih Itu Anugerah

Jangan sedih bila orang lain tidak memahami kita..
Tapi sedihlah kerana kita tidak memahami orang lain.

Jangan sedih bila orang lain tidak mempercayai kita..
Tapi sedihlah kerana kita yang tidak mempercayai diri kita sendiri..



Jangan sedih bila orang lain tidak memberi kesempatan kepada kita..
Tapi sedihlah kerana kita belum buat membuat persiapan.

Jangan sedih bila orang lain tidak menghargai kita..
Tapi sedihlah kerana kita tidak menghargai orang lain.

Jangan sedih bila orang lain menghina kita..
Tapi sedihlah kerana kita menghina diri kita sendiri.

Jangan sedih bila orang lain memaki kita..
Tapi sedihlah kerana kita yang bermulut jahat pada orang lain.

Jangan sedih orang selalu mengkritik kita..
Tapi sedihlah kerana kita tak pernah perbaiki diri.

Jangan sedih kerana kita selalu jatuh..
Tapi sedihlah kerana kita tidak bangkit kembali.

Jangan sedih kerana perjalanan hidup kita penuh dengan pahit getir..
Tapi sedihlah kerana kita tidak pernah belajar dari pengalaman sndiri..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan