Ahad, 16 Oktober 2011

Kisah Burung

ada seekor burung yg dibela oleh tuannya.. tuannya adalah seorang tok guru yg mengajar agama.. burung itu adalah burung tiung yang pandai bercakap.. setiap hari burung ini menyebut kalimah 'Lailahaillallah' kerana diajar tuannya.. burung ini tidak diletakkan dalam sangkar kerana seekor burung yg jinak.. ada seekor kucing yg sudah lama memerhati burung ini.. pada suatu hari, tok guru telah tertidur.. lalu kucing mempunyai peluang untuk memakan burung itu.. kucing itu pun mengigit leher burung itu sehingga bunyi "kroikk''(bunyi burung yg kesakitan).. tok guru pun terkejut lalu melihat barung itu dan mendengar bunyi itu berulang kali.. lalu burung itupun mati..

setelah itu, tok guru sering sahaja menangis dan termenung walaupun di dalam sesi pembelajaran dengan anak muridnya.. anak muridnya kehairanan kenapa tok guru sangat sayangkan burung itu sampai selalu menangis.. lantas ada seorang muridnya pergi bertanya kepada tok gurunya.. tok gurunya menjawab bahawa " aku menangis bukan keana burung itu mati tetapi cara burung itu mati, setiap hari burung itu menyebut kalimah ''Lailahaillallah" tetapi masa dia nak mati dia tak mampu pun nak sebut, aku takut aku jugak jadi mcm tu, setiap hari mengajar agama dan kitab tapi aku takut di akhir masaku xdapat juga menyebut kalimah itu...

wallahu'alam

p/s: cerita ini dipetik dri sebuah ceramah yg diambil dari kitab.. mohon maaf mungkin ada kekurangan atau penambahan dalam cerita ini x tidak disedari...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan