Selasa, 9 Ogos 2011

Solat Sunat Witir

Solat witir ialah sebahagian daripada solat malam dan merupakan penamat atau penutup bagi solat-solat malam. Witir ertinya ganjil, tidak genap. Solat witir ialah solat yang dilakukan dengan jumlah rakaat yang tidak genap atau ganjil seperti 1 rakaat, 3 rakaat, 5 rakaat, 7 rakaat dang sebagainya.

Waktu Solat Witir.

Waktu solat witir adalah bermula daripada setelah selesai solat Isya’ dan berakhir dengan masuknya waktu Subuh.

Kaifiat Mengerjakan Solat Witir

1. Rasulullah saw mengerjakan solat witir sembilan rakaat. Baginda membaca Tasyahud yang pertama pada rakaat yang kelapan, kemudian baginda bangun mengerjakan rakaat yang kesembilan dan sesudah membaca Tasyahud di rakaat ini Rasulullah saw memberi salam.

2. Rasulullah mengerjakan solat witir tujuh rakaat. Baginda membaca Tasyahud yang pertama pada rakaat yang keenam, kemudian baginda bangun mengerjakan rakaat yang ketujuh dan sesudah membaca Tasyahud di rakaat ini, baginda memberi salam.

3. Rasulullah mengerjakan solat witir tiga rakaat. Dalam hal ini ada dua cara yang dilakukan oleh Rasulullah saw iaitu:

a) Baginda bersalam di akhir rakaat yang kedua. Sesudah itu, baginda mengerjakan satu rakaat lagi.

b) Baginda bertasyahud di akhir rakaat yang kedua, kemudian baginda bangun mengerjakan rakaat yang ketiga dan sesudah bertasyahud baginda memberi salam.

4. Rasulullah saw mengerjakan solat witir satu rakaat sahaja. Biasanya baginda lakukannnya bersama-sama dengan solat Tahajud.

Mudah-mudahan dengan apa yang saya kongsikan ini dapat kita sama-sama ambil iktibar dan kita amalkan..Wallahu alam..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan