Selasa, 9 Ogos 2011

Solat Sunat Tahajud

Solat Tahajud adalah solat malam yang dikerjakan pada waktu malam, mulai setelah solat Isya' hingga terbit Fajar. Orang yang mengerjakan solat malam dinamakan "Mutahajid". Sesuai dengan Firman ALLAH yang bermaksud " Dan pada sebahagian malam hari hendaklah kamu bertahajud sebagai satu ibadat tambahan bagimu, mudah-mudahan Tuhanmu mengangkatmu ke tempat yang terpuji.."

Waktu Solat Tahajud.
Waktu solat tahajud ialah sejak dari selesai solat Isya' hingga solat Subuh dengan syarat hendaklah tidur walaupun hanya sekejap. Rasulullah saw terkadang-kadang mengerjakan solat tahajud di awal malam, pertengahan malam dan di akhir malam.

Keutamaan Solat Tahajud.
Solat tahajud ini sangat besar fadhilatnya tetapi ianya kurang dikerjakan orang. Ia hanya dikerjakan oleh orang yang benar-benar mengharapkan keredhaan dan keampunanNya, yang bertaqwa disisi ALLAH. Untuk mereka, ALLAH menjanjikan keistimewaan yang tidak terhingga.

Adab-Adab Mengerjakan Solat Tahajud.
  1. Sebelum tidur hendaklah ia berniat untuk bangun mengerjakan solat tahajud.
  2. Bersugi dan berwudhu sebelum mengerjakan solat tahajud dan solat malam yang lainnya.
  3. Membaca doa-doa yang di baca oleh Rasulullah saw. ( boleh rujuk kat Google)
  4. Membaca ayat-ayat dari 190-200 dari surah Ali Imran.
Senantiasalah kita mengerjakan solat tahajud kerana ia merupakan sunnah yang tak pernah ditinggalkan oleh Rasulullah saw. Kelak di akhirat kita akan mendapat syafaat daripada baginda atas pengorbanan yang kita lakukan. Insya-allah..


Sumber rujukan dari : Buku Panduan Solat-Solat Sunat Menurut Sunnah Rasul oleh Ustaz Abdul Ghani Azmi Haji Idris.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan