Rabu, 10 Ogos 2011

10 Ramadhan Telah Berlalu

Assalamualaikum kawan-kawan semua...Alhamdulillah, sepuluh hari dalam bulan Ramadhan telah berlalu..Mudah-mudahan bertambahlah keimanan dan ketaqwaan kita kepada ALLAH swt dalam menempuh cubaan dan cabaran di bulan yang mubarak ini.. Harap dengan berlalunya hari-hari Ramadhan akan memberi seribu keinsafan dalam diri kita semua..Insya-allah..

Sepanjang 10 hari Ramadhan nie, alhamdulillah banyak perubahan yang telah saya lakukan pada blog ini.. Ini semua berkat daripada kemahuan diri sendiri dan dorongan daripada kawan-kawan yang banyak membantu saya untuk memperbaiki kelemahan yang terdapat pada blog saya.. Insya-allah, akan saya teruskan perjuangan ini untuk memberi dan berkongsi sedikit ilmu ALLAH kepada para pembaca.. Doa dan dorongan daripada kawan-kawan semua sangat saya harapkan..


Tiada ulasan:

Catat Ulasan